Friday 1 November 2013
maksud 'LAHABAU'
'perangai cam lahabau tapi x suma camtu...ramai lagi yang baik2'
'weyyy lahabau ko, lama aku tak nampak ko.'
kalau yg x biasa bergaul ngan org melaka memang panas kalau dengar
It's not a 'rude' word, actually it means 'lama nye takde berita dari kamu'...
you see, lahabau is actually a 'twisted' form of "la khabar", an Arabic phrase for 'why no news?'. Zaman dulu kan Melaka pusat perdagangan... so ramai saudagar Arab berniaga...
Pak Arab ni bila jumpe kengkawan yg dah lama tak jumpe, diorang cakap 'la khabar?'
orang melaka pulak, kami ni kan if ujung 'r' jadik 'u'... maka jadik le 'la khabar' tu... 'la khabau'...
cume orang luar je yg guna 'lahabau' as a rude word....
“Usop lahabau kau, ingat dah mati” (Maksudnya : Usop lama tak dengar khabar atau berita, ingat dah mati)
Tuesday 29 October 2013
Ikan Betuk?
Untuk info korang, korang biase panggil ni ikan Puyu kan? kat Melake kitorang panggil ni 'Ikan Betuk'!
jaga-jaga duri tu..tajam.. |
ikan Betuk ni susah nak mati walaupun tanpa air ! mane2 korang campak, hiduplah ikan ni. |
Selalu dapat kat parit2 kat melake tu.
Ikan paling femes di melake.
Mase kecik2 selalu pancing ikan ni!
Ikan Betuk ni sedap masak lemak cili api .
Asam Pedas Power Abang Pie Original
http://www.youtube.com/v/xIBhqKkdsas?version=3&autohide=1&autohide=1&autoplay=1&feature=share&showinfo=1&attribution_tag=pnctmHDvdzkk-cWwLvtiFw
Antara Asam Pedas yang kene Try kat MElaka!
Antara Asam Pedas yang kene Try kat MElaka!
Destinasi Makan Melaka : Klebang Original Coconut Milk Shake!
mengikut statistik yang berada di Foursquare ni, ia mempunyai Vote sebanyak 9.2/10 mengatakan Terbaekk! Jumlah penunjung pun ramai. Tengok lah jumlah Gambar yang di upload tu. Ape-ape pun mesti Try k. lagi gambar yang untuk dikongsi :
Sumber dan lagi Gambar : https://foursquare.com/v/klebang-original-coconut-milk-shake/4ceb7d96b9975481b3e20c45/photos
Monday 28 October 2013
Sejarah Negeri Melaka
Sejarah Melaka bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan Srivijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403.
Parameswara merupakan turunan ketiga dari Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana (Sang Nila Utama), seorang penerus raja Srivijaya. Sang Nila Utama mendirikan Singapura Lama dan berkuasa selama 48 tahun. Kekuasaannya dilanjutkan oleh puteranya Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386) yang kemudian diteruskan oleh cucunya, Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 – 1399). Pada tahun 1401, Parameswara putrra dari Seri Rana Wira Kerma, mengungsi dari Tumasik setelah mendapat penyerangan dari Majapahit.
Parameswara pada awalnya menjadi raja di Singapura pada tahun 1390-an. Negeri ini kemudian diserang oleh Jawa dan Siam, yang memaksanya berpindah lebih ke utara. Kronik Dinasti Ming mencatat Parameswara telah tinggal di ibukota baru di Melaka pada 1403, tempat armada Ming yang dikirim ke selatan menemuinya. Sebagai balasan ufti yang diberikan Kekaisaran China menyetujui untuk memberikan perlindungan pada kerajaan baru tersebut.
Parameswara kemudian menganut agama Islam setelah menikahi seorang puteri dari Pasai. Laporan dari kunjungan Laksamana Cheng Ho pada 1409 melaporkan bahawa pada saat itu Parameswara masih berkuasa, dan raja dan rakyat Melaka sudah menjadi Muslim. Pada 1414 Parameswara digantikan puteranya, Sultan Megat Iskandar Shah.
Megat Iskandar Shah memerintah selama 10 tahun, dan digantikan oleh Sultan Muhammad Shah. Putera Sultan Muhammad Shah yang kemudian menggantikannya, Raja Ibrahim, dilihat tidak menganut agama Islam, dan mengambil gelaran Seri Parameswara Dewa Shah. Namun masa pemerintahannya hanya 17 bulan, dan dia mangkat kerana terbunuh pada 1445, masyarakat Melaka menggelarnya Sultan Abu Syahid. Saudara seayahnya, Raja Kasim, kemudian menggantikannya dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Di bawah pemerintahan Sultan Muzaffar Shah Melaka melakukan ekspansi di Semenanjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera (Kampar dan Inderagiri). Ini memancing kemarahan Siam yang menganggap Melaka sebagai bawahan Kedah, yang pada saat itu menjadi vassal Siam. Namun serangan Siam pada 1455 dan 1456 dapat dipatahkan oleh Melaka.
Di bawah pemerintahan raja berikutnya yang naik takhta pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah, Melaka menyerbu Kedah dan Pahang, dan menjadikannya negara vassal. Di bawah sultan yang sama Johor, Jambi dan Siak juga takluk. Dengan demikian Melaka mengendalikan sepenuhnya kedua pesisir yang mengapit Selat Malaka.
Sultan Mansur Shah berkuasa sehingga baginda mangkat pada 1477. Baginda digantikan oleh puteranya Sultan Alauddin Riayat Shah. Sultan ini memerintah selama 11 tahun, saat baginda meninggal dan digantikan oleh putranya Sultan Mahmud Shah.
Subscribe to:
Posts (Atom)